Masalah Van Jenazah Tiada,
Masuk Kubur Naik Lori

HAMPIR SETIAP MINGGU ADA JENAZAH YANG PERLU DIURUSKAN

VAN JENAZAH YANG SEDIA ADA SUDAH TERLALU UZUR

ADA KALANYA DALAM SEHARI PERLU MENGURUSKAN BEBERAPA JENAZAH SERENTAK, VAN YANG ADA TIDAK MENCUKUPI

Lori mengangkut buah kelapa sawit dan pacuan empat roda menjadi kenderaan terakhir untuk para jenazah.

Setiap kali berlakunya kematian. Pihak pengurusan jenazah terpaksa meminjam lori kelapa sawit atau kenderaan pacuan empat roda untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Inilah Yang Selalunya Berlaku Bila Masjid Tiada Van Jenazah

Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini dan ramai yang tidak mengambil peduli kepentingan adanya van jenazah di setiap masjid.

Keadaan ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyediakan khidmat van jenazah tetapi mengenakan caj yang agak mahal.

Bayangkan mereka yang tidak berkemampuan tetapi tiada pilihan lain untuk membawa pulang jenazah dari hospital/masjid atau ke tanah perkuburan.

Sudahlah kesedihan kerana kehilangan insan tersayang, tetapi dibebani pula dengan caj van jenazah yang mahal.

Bagi meringakan bebanan ini, Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf menubuhkan Projek Wakaf Van Jenazah bagi mendapatkan dana untuk mewakafkan sebuah van jenazah kepada masjid yang terpilih.

SENARAI PENERIMA & BAKAL PENERIMA WAKAF VAN JENAZAH

VAN JENAZAH YANG AKAN DISUMBANGKAN

Van yang berteknologi tinggi melancarkan perjalanan penghantaran jenazah.

Ruang yang luas memberi keselesaan kepada penyumbang terutamanya bagi perjalanan yang jauh.

Video Kenderaan Van Jenazah Yang Disumbangkan

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf

Pertubuhan Kebajikan Abdul Rahman bin Auf dahulunya dikenali sebagai Koperasi Komuniti Bandar Laguna Merbok yang terletak di Gurun Kedah ditubuhkan khas bagi menjalankan projek wakaf van jenazah.

Serahan Van Jenazah Wakaf Masjid Darul Nadwah

Sejak projek ini dilancarkan, Alhamdulillah dengan dana yang terkumpul, sebuah van jenazah wakaf sudah diserahkan kepada Masjid Darul Nadwah di Kuala Nerang Kedah.

Video Sesi Penyerahan Van Jenazah Hasil Sumbangan Orang Ramai

Kami berhasrat untuk membantu banyak lagi masjid lain mendapatkan van jenazah . Namun, kami memerlukan sokongan dan sumbangan dari anda semua bagi menjayakan usaha ini.

Bayangkan jika anda berwakaf, selagi mana van tersebut digunakan, selagi itulah pahala terus mengalir di dalam diri anda.

“Jika seseorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari 3 perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya”(Hadis Riwayat Muslim)

Jom teruskan niat murni anda untuk berwakaf bagi melaksanakan fardu kifayah. Semoga para dermawan sekalian sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Slot Wakaf Kenderaan
Van Jenazah

2516 Lot Untuk 1 Van Jenazah Berharga RM125,800

Sumbangan Secara Terus

SEBARANG SOALAN & PERTANYAAN MENGENAI KEMPEN INI BOLEH TEKAN BUTANG DI BAWAH

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Infaqvan.com

ROS Registration No : PPM-010-02-27102022

DISCLAIMER: We use Google Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. Google Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. THIS COOKIE DOES NOT IN ANYWAY IDENTIFY YOU OR GIVE ACCESS TO YOUR COMPUTER The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page.” Google Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Google Ads Remarketing, you can opt out by visiting Google’s Ads Preferences Manager.